
”antara am0k dengan adab”
*pestabuku.5mei’12
Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.
Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.
Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.
Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.
Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.
Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.
Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.
(Source: islahnafsi, via doublejcomeldanmanja)
Jika benar dialah pemilik tulang rusuk kiriku
Jika benar dialah pemilik tulang rusuk kiriku, aku terima seadanya Ya Allah.
Seandainya bukan, jangan biarkan aku merindui kehadirannya.
Biarlah aku meratapi segala yang berlaku sebagai satu pertemuan yang indah.
Permudahkanlah segala urusanku untuk melupakan rasa kasih yang pernah tercipta dihati ini.
Sesungguhnya ketetapanMu adalah yg terbaik bagi setiap mahkluk di muka bumiMu ini Ya Allah.
Dunia ini hanya sementara. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Aku takkan persoalkan apa yang telah terjadi.
Rancangan yang diatur ini hanya Engkau sahaja yang menentukan.
Nikmat rindu, sayang dan cinta begitu indah Kau berikan padaku Ya Allah.
Andai dia bukan tercipta untukku aku redha…
https://www.facebook.com/profile.php?id=100000232182793
fb : fuad saleh